Tuesday, July 21, 2009

Sejarah Penubuhan Expo Mingguan Batu 5

Melihat potensi Pekan Batu 5 yang semakin dikenali diperingkat luar,pihak Masjid Mahyuddin Batu 5 yang diketuai oleh Haji Hayat telah menyuarakan pendapat bagaimana untuk menambahkan pendapatan kutipan untuk pihak masjid,memandangkan pihak masjid mempunyai sebidang tanah wakaf yang mana selama ini digunakan untuk tapak pekan sehari iaitu pada hari Rabu di sebelah pagi,di samping aktiviti keagamaan yang lain.Lanjutan daripada itu maka tercetuslah idea untuk membuka satu aktiviti untuk menjana ekonomi tempatan,tarikan untuk warga luar untuk sampai ke Pekan Batu 5 serta mengenali dengan lebih dekat lagi warga banjar.

Bermula mesyuarat lantikan Ajk penaja,pengedaran borang untuk peniaga,penyediaan tapak maka pada 4hb-Jun 2009 telah diadakan pengundian tapak bertempat di sekolah agama rakyat pada sebelah paginya,selesainya perkara tersebut maka tertubuhlah secara rasminya EXPO MINGGUAN BATU 5 yang akan dibuka pada setiap hari sabtu bermula pada jam 3.00 petang sehinggalah jam 10.00 malam.Klik sini untuk lihat berita mengenainya

Pihak Pengurusan Expo Mingguan Batu 5

Pengerusi:Haji Hayat Bin Haji Mohtar
Pengurus:Tajul Azahar Bin Abdul Rashid


Ajk Penaja

Suhaili Bin Abdul Hamid ( Julak)
Nazri Bin Abdul Rahim (Tagidu)
Mohd Jasni Bin Abbas ( Ben Seng)
Kamarul Jamal Bin Shaari ( Antu)
Mohd Sadri Bin Osman ( Cae Dun)
Hakim Bin Zawawi ( Hakim)
Abdul Rashid Bin Abdul Razak (Asid)